Rekreasi


Air Hitam Dalam
Meliputi kawasan paya darat seluas kira-kira 11 hektar serta bersempadan dua buah sungai iaitu Sungai Kereh dan Sungai Air Hitam, Hutan Pelajaran ini di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Perjalanan dari bandar Butterworth mengambil masa lebih kurang 25 minit, melalui pekan Sungai Dua dan Kampung Sungai Air Hitam Dalam. Berita selanjutnya...
Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam
terletak di dalam daerah
nmengkuang.gif (14082 bytes)
Seberang Perai Tengah, lebih kurang 28 km dari bandar Butterworth. Ianya merupakan sebuah tempat yang menarik, mempunyai trek jogging serta sesuai untuk kegiatan sukan air peringkat negeri dan antarabangsa.
Hutan Lipur Cherok To'Kun
Hutan ini terletak di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, lebih kurang 23 km dari bandar Butterworth.
Terletak di kawasan berbukit-bukau pada ketinggian 457 meter dari aras laut dan meliputi keluasan 37 hektar ini amat sesuai untuk kegiatan riadah. Berita selanjutnya...

Ampang Jajar Sungai Krian
Tempat rekreasi ini terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Jaraknya dari bandar Butterworth lebih kurang 40 km. Sebuah tempat rehat, sesuai untuk kegiatan perkelahan, perkhemahan, memancing dan beriadah.
Hutan Lipur Bukit Panchor
Hutan ini terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Kawasan rehat yang sesuai untuk kegiatan perkhemahan serta beriadah.
nlipur.gif (32644 bytes)
 nrobina.gif (35301 bytes)
Taman Rekreasi Pantai Robina
Terletak di Teluk Air Tawar, lebih kurang 15 km dari Butterworth dan kira-kira 25 km dari Sungai Petani serta berdekatan dengan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 
Taman ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti surau, dewan, gerai berkonsepkan terbuka serta tandas untuk membersihkan diri. Kemudahan yang disediakan sesuai untuk semua golongan kerana terdapat juga laluan refleksiologi, pejabat Majlis Belia Daerah, Tapak Sukan Ekstrem Rakan Muda, Pusat Latihan Rekreasi dan Sukan Air bagi latihan kayak, wall climbing serta gimnasium mini.
Kawasan lapang untuk kegiatan senaman Tai Chi turut disediakan dan menjadi tumpuan pada cuti hujung minggu.
npulau.gif (20855 bytes)
Pulau Aman
Sebuah pulau kecil yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan.Untuk berulang alik ke pulau ini terdapat pengkalan bot yang beroperasi setiap hari dari Jeti Batu Kawan. Merupakan sebuah perkampungan nelayan. Terkenal sebagai tempat perkelahan dan memancing serta mempunyai tempat-tempat yang bersejarah.
Taman Bandar, Ampang Jajar
Taman ini terletak di Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah dalam kawasan seluas lebih kurang 151 ekar di tepi Sungai Perai dan berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Sebuah tempat rehat yang menarik, sesuai untuk kegiatan memancing dan beriadah.
Taman Burung
Terletak di Taman Tunku, Seberang Jaya dengan jarak lebih kurang tujuh km dari Jambatan Pulau Pinang dan 12 km dari Pengkalan Sultan Abdul Halim. Mempunyai kawasan seluas 5 ekar. Terdapat pelbagai jenis spesis burung dari dalam dan luar negara. Bayaran masuk dikenakan, iaitu RM 10.00 bagi dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak.
nmtiti.gif (48977 bytes)
Perkampungan Tradisional
Kampung ini terletak di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, lebih kurang 22 km dari bandar Butterworth. Aktiviti perkhemahan boleh diadakan di sini dan menjadi tumpuan, terutama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...